Tuesday, December 25, 2012

CAPPADOCIA DAY 3

LOVE VALLEY

Akhirnya hari terakhir di Cappadocia, masih banyak lagi tempat yang menarik disini seperti kilang membuat wine, barang2 seramik dan jugak muzium terbuka.. tetapi mejoriti kawasan disini adalah kawasan kristian so sejarah pun berkenaan agama kristian.. hari terakhir disini kami membuat keputusan untuk balik awal ke Ankara dan pagi itu selepas sarapan pagi kami terus check out dan hanya sempat melawat 1 kawasan yang diberi nama Love Valley.. kawasan ini sangat cantik permandangannya.. banyak aktiviti outdoor seperti ATV, mountainbiking, jungle trekking, horse riding dan hot air balloon dilakukan di sini.. 














love valley syurga dunia.. cantik sampai lidah terkedu untuk berkata-kata, kecantikannya tidak terkata dengan ayat-ayat cinta.. datang sendiri dan lihat barulah tahu sejauh mana kecantikannya..

PIGEON VALLEY

Sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke Ankara, kami sempat singgah di Pigeon Valley untuk membeli cenderamata dan menggambil gambar istana tertinggi di sana.. 


permandangan dari bawah Pigeon Valley dan puncak tertinggi adalah istana lama..


aksi bersama tengkorak unta...

setelah selesai kami pun balik ke Ankara dan hanya berhenti di perhentian Aksaray untuk makan tengahari.. selepas tu kami terus sahaja pulang ke Ankara dan selesailah trip kami kali ini di Cappadocia, dan semoga panjang umur dapatlah kami datang untuk melawat lagi di sana.. semoga jumpa lagi Cappadocia..

No comments: