Trip kali ni kami melawat ke kota gua di cappadocia yang terletak di tengah-tengah bumi Turkey sejauh 300km dari Ankara dan sejauh 760km dari Istanbul..
Perjalanan kami dgn memandu kereta menggambil masa selama 4jam lebih disebabkan jalan yang bergunung ganang, bersalji, hujan dan salji yang turun sepanjang perjalanan dan jalan-jalan yang rosak..
Kami sempat berhenti di kawasan tasik garam yang seluas kira 80km persegi, tasik tersebut di beri nama TUZ GOLU yang bermaksud tasik garam yang terletak di bandar Sereflikochisar dan terletak kira kira 120km dari Ankara..
contoh gambar TUZ GOLU
berhenti untuk bergambar, makan tengahari dan shopping cenderamata di TUZ GOLU
HASAN DAGI (GUNUNG HASAN) AKSARAY
Setelah selesai makan dan shopping kami pun meneruskan perjalanan kami ke Cappadocia..
Sebelum sampai ke Cappadocia kami telah melalui kawasan bandar Aksaray yang terletak 200km dari Ankara dan di sana kami dapat melihat GUNUNG HASAN ( HASAN DAGI 3.253 m, 10.672 ft. )
GUNUNG HASAN ( HASAN DAGI 3.253 m ( 10.672 ft. )
Memandangkan perjalanan kami jauh lagi dan cuaca hujan tidak mengizinkan kami untuk berhenti di bandar Aksaray ini..
Memandangkan perjalanan kami jauh lagi dan cuaca hujan tidak mengizinkan kami untuk berhenti di bandar Aksaray ini..
NEVSEHIR, GOREME, CAPPADOCIA
PIGEON VALLEY
Akhirnya kami sampai jugak di tempat yang kami tujui kali ini kota gua di Nevsehir pekan Goreme Cappadocia Turkey..
inilah tempat pertama kami jejaki di kota ini, tempat ni dipanggil pigeon valley dan puncak bukit itu adalah salah satu istana purba dan istana ini adalah tempat tertinggi di kawasan cappadocia..
bergambar bersama kereta yang kami pakai semasa lawatan ke sini dan di belakang tu permandangan istana tertinggi..
DIVAN CAVE HOTEL GOREME
Setelah sampai di pekan Goreme kami pun terus check in di Divan Cave Hotel..
ini la rupanya permandangan dari luar hotel dimana kami tinggal selama 3 hari 2 malam.. memandangkan winter season, pelancong tidak ramai yang datang dan kami beruntung dapat bilik suite dengan harga rendah..
beginilah bentuk ruang tamu cave hotel ni luar cuma nampak macam usang tapi dalam mewah, ala-ala zaman otoman..
katil berkelambu menaikkan lagi rasa seperti baru nak honeymoon..
dan bilik mandi yang agak modern dan unik.. bayangkan dalam gua ada kemudahan macam ni memang berbaloi..
Memandangkan kami sampai pun dah agak malam kami tidak kemana pada malam tersebut, badan pun agak letih dan lapar sebab cuaca sangat sejuk.. kami cuma berehat dan menjamu selera direstoran berdekatan..
dinner time.. kami menjamu makanan tempatan disini.. selepas makan malam kami pun bersiar2 sekitar hotel sambil mengambil gambar dan balik ke hotel untuk berehat....
hari pertama kami banyak menghabiskan masa dalam perjalanan dan selesai makan malam kami cuma berehat dihotel..
No comments:
Post a Comment