KAYMAKLI UNDERGROUND CITY
Masuk hari kedua trip kami, pagi ini kami semua bangun awal dan sarapan pagi dihotel..dan bermulalah perjalanan hari kedua kami dengan melawat bandar bawah tanah yang terbesar di Cappadocia.. perjalanan dari pekan Goreme sejauh 25km untuk sampai ke the largest underground city di pekan Kaymakli.. memandangkan terlalu ramai pelancong yang datang ditempat itu kami cuma berhenti sekejap untuk memgambil gambar luar kawasan dan membeli sedikit cenderamata di pekan Kaymakli..
sempat bergambar di depan kaymakli underground city..
main entrance Kaymakli underground city..
DERINKUYU UNDERGROUND CITY
Selepas selesai di Kaymakli Underground City kami pun meneruskan perjalanan kami ke the deepest Underground City di pekan Derinkuyu sejauh 35km dari Goreme..
Derinkuyu Underground City adalah antara tempat yang sangat popular di cappadocia dan antara tempat yang wajib kita kunjungi..
Bandar ini sedalam 50meter dan pernah memuatkan seramai 10 ribu orang, binatang ternakan dan stock-stock makanan mereka.. di dalam bandar ini terdapat banyak tempat seperti meeting hall,church,bilik-bilik tidur,kandang ternakan,ruang tetamu,dapur masak dan banyak lagi..
Untuk melawat kawasan bandar ini kami mengambil masa kira kira 1jam kerana laluannya agak sempit dan dalam..
tujuan Underground City ini dibina untuk bersembunyi dari tentera Othmaniyah..
main entrance Derinkuyu Underground City
antara ruang untuk udara menembusi ke bawah.. jugak untuk kegunaan menghantar barang barang stok makanan ke bawah..
salah satu lubang untuk menghantar barang ke bawah..
lubang untuk penghantaran barang ke bawah
antara kawasan dalam bandar ini
meeting hall
bayangkan laluan untuk ke bawah sempit dan kene menundukkan badan
kawasan salah satu dapur di dalam bandar ini
pintu batu untuk menutup setiap ruang
kawasan meeting room
salah satu tangga untuk ke bawah bandar
kawasan church yang berbentuk salip persegi
antara lorong lorong yang agak gelap
tangga pintu masuk
antara bilik tidur
keci dan sempit laluan ini..
tangga di kawasan bandar ini
antara laluan yang gelap dan sempit
ruang kawasan meeting hall..
dan banyak lagi tempat tempat yang kami tidak dapat
mengambil gambar sebab kawasan agak gelap dan sempit..
Setelah kami keluar dari bandar bawah tanah ini kami sempat berkunjung kekedai antik yang menjual barang2 antik purba, banyak barang barang antik yang dapat kita perolehi disini..
diantara barang antik yang sangat berharga seperti cop zaman Rom, patung2 dan duit syiling zaman Rom sebelum zaman Othmaniah..
ILAHARA VALLEY
Selepas selesai semua kami pun lunch di sekitar kawasan bandar Derinkuyu dan selepas makan kami pun meneruskan perjalan ketiga kami ke tempat Star Wars pernah membuat rakaman di Ihlara Valley..
Ihlara Valley terletak 88km dari pekan Goreme dan tempat ini sangat terpencil..
Ihlara Valley adalah salah satu tempat persembunyian orang orang kristian pada zaman othmaniah dan jugak tempat tempat beribadah bagi orang kristian..
lembah Ihlara adalah sangat panjang sejauh 17km dan terdapat rumah rumah untuk beribadah, kubur kubur lama dan jugak tempat tempat penginapan bagi orang orang tempatan..
Aksi dua suami isteri
permandangan di entrance kampung Ihlara..
lagi aksi suami isteri
ribuan anak tangga menuruni lembah ini..
aksi dari atas tempat main entrance
aksi dari bawah dan di belakang gua tu adalah church lama..
Ihlara Valley map.. 17km panjangnya..
entrance guard tu kata trail ni kene layan sehari baru habis memang terbaik la..
mungkin disini la laluan kapal Star Wars tu..
aksi di bawah lembah
aksi bersama tangga dan lembah yang indah seperti di syurga..
setelah hampir seharian kami berjalan-jalan akhirnya hari hampir gelap dan kami pun pulang ke hotel untuk makan malan dan rehat untuk meneruskan perjalanan untuk hari ketiga pulak..
malam tu aku memilih untuk makan ikan bakar..
dan zirah memilih untuk makan makanan yg unik kene bukak ngan pedang..
Berakhirlah untuk hari ke dua kami di Cappadocia.. malam ni malam christmas tapi kami tidak sambut so kami lepak dihotel jer rehat untuk the next day..
No comments:
Post a Comment