Friday, December 28, 2012

ESKISEHIR TRIP..

   Perjalanan dari Ankara dengan menaiki keretapi laju hanya mengambil masa selama 1jam 30minit sejauh 230km dan tiket hanya berharga 25tl sehala.. memang seronok menaiki keretapi laju ini sebab kelajuannya boleh mencecah 250kmj, dah macam kelajuan Formula 1..





fast train.. mmg laju...




selamat datang ke Eskisehir 






kota musik Eskisehir


rumah ala2 europe.. tenang dan bersih..



antara yang sempat saya koleksi dari Eskisekir adalah Sultan Pipe yang diperbuat dari bahan galian yang dipanggil MEERSCHAUM.. Meerschaum adalah sejenis bahan bukan fosil yang terhasil dari bawah tanah sedalam 30 - 450 kaki dan Meerschaum jugak bertindak sebagai filter.. ia bole bertukar warna dari putih ke warna coklat kehitaman setelah lama digunakan..



cool... pekerja pengilat kasut disini tengoklah banyaknya jenis warna bole polish..

Tuesday, December 25, 2012

CAPPADOCIA DAY 3

LOVE VALLEY

Akhirnya hari terakhir di Cappadocia, masih banyak lagi tempat yang menarik disini seperti kilang membuat wine, barang2 seramik dan jugak muzium terbuka.. tetapi mejoriti kawasan disini adalah kawasan kristian so sejarah pun berkenaan agama kristian.. hari terakhir disini kami membuat keputusan untuk balik awal ke Ankara dan pagi itu selepas sarapan pagi kami terus check out dan hanya sempat melawat 1 kawasan yang diberi nama Love Valley.. kawasan ini sangat cantik permandangannya.. banyak aktiviti outdoor seperti ATV, mountainbiking, jungle trekking, horse riding dan hot air balloon dilakukan di sini.. 














love valley syurga dunia.. cantik sampai lidah terkedu untuk berkata-kata, kecantikannya tidak terkata dengan ayat-ayat cinta.. datang sendiri dan lihat barulah tahu sejauh mana kecantikannya..

PIGEON VALLEY

Sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke Ankara, kami sempat singgah di Pigeon Valley untuk membeli cenderamata dan menggambil gambar istana tertinggi di sana.. 


permandangan dari bawah Pigeon Valley dan puncak tertinggi adalah istana lama..


aksi bersama tengkorak unta...

setelah selesai kami pun balik ke Ankara dan hanya berhenti di perhentian Aksaray untuk makan tengahari.. selepas tu kami terus sahaja pulang ke Ankara dan selesailah trip kami kali ini di Cappadocia, dan semoga panjang umur dapatlah kami datang untuk melawat lagi di sana.. semoga jumpa lagi Cappadocia..

Monday, December 24, 2012

CAPPADOCIA DAY 2

KAYMAKLI UNDERGROUND CITY

Masuk hari kedua trip kami, pagi ini kami semua bangun awal dan sarapan pagi dihotel..dan bermulalah perjalanan hari kedua kami dengan melawat bandar bawah tanah yang terbesar di Cappadocia.. perjalanan dari pekan Goreme sejauh 25km untuk sampai ke the largest underground city di pekan Kaymakli.. memandangkan terlalu ramai pelancong yang datang ditempat itu kami cuma berhenti sekejap untuk memgambil gambar luar kawasan dan membeli sedikit cenderamata di pekan Kaymakli..


sempat bergambar di depan kaymakli underground city..


main entrance Kaymakli underground city..

DERINKUYU UNDERGROUND CITY

Selepas selesai di Kaymakli Underground City kami pun meneruskan perjalanan kami ke the deepest Underground City di pekan Derinkuyu sejauh 35km dari Goreme.. 

Derinkuyu Underground City adalah antara tempat yang sangat popular di cappadocia dan antara tempat yang wajib kita kunjungi.. 

Bandar ini sedalam 50meter dan pernah memuatkan seramai 10 ribu orang, binatang ternakan dan stock-stock makanan mereka.. di dalam bandar ini terdapat banyak tempat seperti meeting hall,church,bilik-bilik tidur,kandang ternakan,ruang tetamu,dapur masak dan banyak lagi..

Untuk melawat kawasan bandar ini kami mengambil masa kira kira 1jam kerana laluannya agak sempit dan dalam..

tujuan Underground City ini dibina untuk bersembunyi dari tentera Othmaniyah.. 



main entrance Derinkuyu Underground City


antara ruang untuk udara menembusi ke bawah.. jugak untuk kegunaan menghantar barang barang stok makanan ke bawah..


salah satu lubang untuk menghantar barang ke bawah..


lubang untuk penghantaran barang ke bawah 


antara kawasan dalam bandar ini


meeting hall


bayangkan laluan untuk ke bawah sempit dan kene menundukkan badan


kawasan salah satu dapur di dalam bandar ini


pintu batu untuk menutup setiap ruang


kawasan meeting room


salah satu tangga untuk ke bawah bandar


kawasan church yang berbentuk salip persegi


antara lorong lorong yang agak gelap


tangga pintu masuk


antara bilik tidur


keci dan sempit laluan ini..


tangga di kawasan bandar ini


antara laluan yang gelap dan sempit


ruang kawasan meeting hall.. 
dan banyak lagi tempat tempat yang kami tidak dapat 
mengambil gambar sebab kawasan agak gelap dan sempit..


Setelah kami keluar dari bandar bawah tanah ini kami sempat berkunjung kekedai antik yang menjual barang2 antik purba, banyak barang barang antik yang dapat kita perolehi disini.. 


diantara barang antik yang sangat berharga seperti cop zaman Rom, patung2 dan duit syiling zaman Rom sebelum zaman Othmaniah..


ILAHARA VALLEY

Selepas selesai semua kami pun lunch di sekitar kawasan bandar Derinkuyu dan selepas makan kami pun meneruskan perjalan ketiga kami ke tempat Star Wars pernah membuat rakaman di Ihlara Valley..

Ihlara Valley terletak 88km dari pekan Goreme dan tempat ini sangat terpencil..

Ihlara Valley adalah salah satu tempat persembunyian orang orang kristian pada zaman othmaniah dan jugak tempat tempat beribadah bagi orang kristian.. 

lembah Ihlara adalah sangat panjang sejauh 17km dan terdapat rumah rumah untuk beribadah, kubur kubur lama dan jugak tempat tempat penginapan bagi orang orang tempatan.. 


Aksi dua suami isteri


permandangan di entrance kampung Ihlara..


lagi aksi suami isteri


ribuan anak tangga menuruni lembah ini..


aksi dari atas tempat main entrance


aksi dari bawah dan di belakang gua tu adalah church lama..


Ihlara Valley map.. 17km panjangnya.. 


entrance guard tu kata trail ni kene layan sehari baru habis memang terbaik la..


mungkin disini la laluan kapal Star Wars tu..


aksi di bawah lembah


aksi bersama tangga dan lembah yang indah seperti di syurga..

setelah hampir seharian kami berjalan-jalan akhirnya hari hampir gelap dan kami pun pulang ke hotel untuk makan malan dan rehat untuk meneruskan perjalanan untuk hari ketiga pulak.. 


malam tu aku memilih untuk makan ikan bakar..


dan zirah memilih untuk makan makanan yg unik kene bukak ngan pedang..

Berakhirlah untuk hari ke dua kami di Cappadocia.. malam ni malam christmas tapi kami tidak sambut so kami lepak dihotel jer rehat untuk the next day..