Sunday, July 29, 2012

MOUNTAINBIKE EYMIR ANKARA






Trail ni terletak di gunung Oran, hutan Eymir dan setinggi 1200meter dari paras laut. Single trail dan rovers trail sepanjang 10km mengelilingi tepi gunung Oran dan jarak dari rumah saya adalah 7km. Disinilah tempat saya berlatih untuk membiasakan diri pada teknikal offroad. ada jugak laluan rovers trail menuju ke tasik Eymir dimana saya melakukan latihan pendakian sejauh 3km dan setinggi 15 ke 20%. permandangan dari gunung Oran memang sangat cantik dan menenangkan jiwa dimana kita dapat melihat tasik Eymir dan tasik Morgan(kawasan persinggahan burung2) dan nun jauh disana adalah gunung Elmadag setinggi 2000meter puncak tertinggi di Ankara. Di tasik Eymir bermacam macam aktiviti disediakan seperti basikal sewa, ATV, kayak, kenu dan banyak lagi. memandangkan kawasan ni adalah 4 musim memang cantik sangat permandangannya dan kita boleh melihat perubahan tempat ni mengikut musim.. pada musim salji pulak tasik akan menjadi beku dan kita boleh bermain ais skating.


antara lalulan single trail pada ujung musim salji 


lagi lalulan single trail 


bersama kawan kawan yang bertugas di Ankara syed zulfahmi dan shahid kenangan bersama pada ujung musim salji


tempat letak basikal disediakan di tepi tasik Eymir


pertama kali berkayuh di kawasan Eymir pada penghujung salji sejuk teramat sangat masa ni kalau x silap suhu -2 dan di belakang tu adalah tasik eymir


kenangan bersama kawan syed zulfahmi 


laluan jalan tarmac menuju ke tasik Eymir sejauh 3 km dari gunung Oran kawasan pendakian yg mencabar


lagi antara single trail di sini


permandangan dari puncak gunung Oran dan di bawah adalah tasik eymir, gambar ni di awal musim luruh di mana awan dah mula tebal dan rumput kering dan permandangan agak kabus suhu pun dah mula sejuk.


keindahan tasi eymir dimusim bunga


ke unikan tasik ni bentuknya macam ular atau sungai yg panjang sejauh 4km

Sunday, May 20, 2012

ANKARA TURKEY MTB PLAYGROUND


laluan sejauh 40km = 10km climbing tarmac, 20km offroad rovers trail rocky road up and down dan 10km menurun endurance offroad training..


laluan KOM gunung Huseyin Gazi = 15km pertama up and down 15km lag climbing sampai puncak gunung, 15km menurun dan 15km up and down smpi complete 60km 


laluan xc single trail training tuk xc lap 5.5km loop


road to elmadag 80km pergi dan balik = 15km up and down pastu 25km low climbing sampai elmadag dan balik 25km low downhill smpi 15km terakhir baru up and down, elok untuk training speed dan time trial cos jalan clear,lurus memanjang dan mendatar


laluan ke eskesehir road endurance training 100km up and down memang elok tuk endurance training


speed trail xc offroad clear and big trail training 6km loop training no recovery up and down


mtb xc trail 6km single + rovers trail 6km loop  


eymir xc trail kayuh tepi tasik memang seronok 1km stiff climbing dan 500meter stiff Downhill


1km road stiff climb = interval dan strength training 


high latitude road 50km up and down interval training


long distance road 80km up and down 


road to Bayindir Lake 40km santai2 ride up and down


short ride 50km road up and down

Sunday, May 13, 2012

DELTA GOLD RACE STAGE 2 2012 ANKARA

Delta Gold Race adalah event tahunan yang dianjurkan oleh company basikal local di turkey.. tahun ini mereka menganjurkan sebanyak 3 stage yang bermula di Izmir pada bulan March 2012.  Memandangkan aku baru sampai di Turkey dan belum lagi dapat membiasakan cuaca pada masa itu, aku tidak melibatkan diri pada stage pertama di Izmir. Aku mula membiasakan diri untuk training di tempat tempat yang tinggi dan kurang oksigen. Selama 2 bulan aku membiasakan diri akhirnya aku masuk race yang PERTAMA di negara Turkey. Race pertama aku adalah race Delta Gold Race stage yang kedua di Ankara.


 

Persiapan diri sebelum memulakan perlumbaan warm up yang secukupnya


Sempat jugak aku di temuramah biasalah orang asing biasanya akan menjadi tumpuan


bersedia untuk perlumbaan penganjur akan memberi taklimat dan aku siap sedia untuk bertempur


aksi aksi semasa perlumbaan berlangsung 


Downhill terakhir sebelum ke penamat 


 my lovely wife yang banyak membantu menjayakan perlumbaan saya hari ini dan dia jugak banyak menjaga segalanya untuk aku terima kasih bby


bergambar bersama team ODTU/ student METU geng geng baru aku di sini


Alhamdulillah syukur kepada Allah memberikan aku kekuatan semasa perlumbaan ini, rezeki datangnya dari dia yang maha esa... dapat no 3 pada hari tersebut membuatkan aku rasa bertambah bersemangat untuk meneruskan kerjaya aku sebagai pelumba mtb di sini.. perlumbaan pada waktu itu sengit dengan keadaan trail yang basah dan licin, pelumba pelumba semua pulak adalah dari kalangan pro rider tempatan.. mendapat tempat ke 3 bererti aku dapat mengumpul 30 point dan mendapat rangking ke 6 overall...
( 2.5km teknikal single trail x 8 lap ) 

Friday, March 9, 2012

HARI BERSEJARAH DALAM HIDUPKU

setelah di ijab kabulkan di Masjid Ampang Jaya pada 09 march 2012, maka sah la kami berdua sebagai suami isteri yang sah.. Syukur keatas Allah S.W.T..


Nazirah bte Nazaruddin terimalah saya seadanya sebagai suami awk yang sah




dan saya akan sentiasa menerima diri awak sebagai isteri saya yang sah mengikut kehendak agama


 maka dengan izin Allah kami pun bersatu menjadi suami isteri


semoga Allah melindungi keluarga baru kami 


terima kasih kepada keluargaku dan terimalah isteriku ini sebagai keluarga kamu semua


terima kasih kepada keluarga baruku kerana bertungkus lumus menjayakan upacara yang gilang gemilang ini


terima kasih kepada pihak keluarga sebelah isteriku dan terimalah saya ini sebagai salah seorang keluarga kamu


kepada keluarga sebelah ayah mertuaku terima kasih datang pada hari bersejarah ini 



kepada kawan kawan yang datang pada hari ini terima kasih banyak banyak semua


 aku akan sentiasa mengingati kamu semua terima kasih.....

Ya Allah...... lindungilah kepada mereka mereka semua ini berikanlah mereka ini punca rezeki rezeki yang halal,kesihatan untuk terus berusaha dan jauhkanlah bala malapetaka daripada mereka mereka ini amin ya rabbal alamin...



Monday, January 16, 2012

temuramah oleh si PAHLAWAN BASIKAL...

http://www.brekkejap.com/2012/01/temuramah-hasan-si-raja-gunung.html#.TxUe26UoRqQ

dah kuar dah ceta aku kat pahlawan basikal ni.. sila klik kat atas..
terima kasih kepada pahlawan basikal cos interview saya hari tu.. saya ni bukan pro pun cuma biasa2 jer..
yang baik tu datangnya dari allah dan yg silap2 tu datangnya dari saya.. kita hanya manusia biasa..

Monday, January 2, 2012

UPSI PEMBUKAAN JAMBOREE BAGI TAHUN 2012

SEPERTI BIASA KALAU KAYUH NAK LAJU JER GAMBAR MESTI LA KURANG HEHEHE.. UPSI JAMBOREE 2012 NI MMG BEST WALAUPUN TERPAKSA MELALUI LALUAN TREK YANG LICIN DAN BASAH NAMUN SAYA MASIH RASA ENJOY.. SAYA MENGANGGAP LALUAN KALI INI SEBAGAI TRAINING YANG SANGAT BAGUS UNTUK PEMBUKAAN 2012 NI.. BAK KATA ORANG TRAINING KENE LEBIH DARI EVENT SEBENAR.. KALI INI WALAU SAYA HANYA MAMPU MENDAPAT TEMPAT KEDUA PADA JAMBOREE KALI INI NAMUN SAYA CUKUP BERSYUKUR KERANA TIADA MASALAH YANG BERLAKU.. TERIMA KASIH KEPADA TEAM E.T RIDERS KERANA BANYAK SUPPORT SAYA PADA EVENT NI DAN X LUPA JUGAK KAWAN-KAWAN YANG LAIN, MY TEAMMATE ABG HALIM SORRY BRO X DAPAT TOLONG MASA CABLE ABG PUTUS TU.. MY TEAM SPONSOR KT CYCLONE DAN JW CYCLIST THANKS FOR SPONSOR THE GREATEST BIKE.. SEMOGA JUMPA LAGI SEMUA... MAJULAH SUKAN UNTUK KITA DAN NEGARA...

kami bersedia untuk bertempur...ETeesss.. Seramai 16 orang wakil etess ni.. terbaik la..

di antara gambar yang sempat diambil semasa jamboree

elevation trail UPSI JAMBOREE 2012 ( DIPETIK DARI BLOG STRIKE FULLBAR)..

HAPPY NEW YEAR 2012.....


HI... SEMOGA 2011 MENJADI KENANGAN YANG TERINDAH BUAT KITA SEMUA.. HAPPY NEW YEAR 2012 SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA.. TAHUN BARU, AZAM BARU LA JAWABNYA.. X KIRA APA JUA AZAM ITU SEMOGA KITA SAMA2 MENCAPAINYA..