Delta Gold Race adalah event tahunan yang dianjurkan oleh company basikal local di turkey.. tahun ini mereka menganjurkan sebanyak 3 stage yang bermula di Izmir pada bulan March 2012. Memandangkan aku baru sampai di Turkey dan belum lagi dapat membiasakan cuaca pada masa itu, aku tidak melibatkan diri pada stage pertama di Izmir. Aku mula membiasakan diri untuk training di tempat tempat yang tinggi dan kurang oksigen. Selama 2 bulan aku membiasakan diri akhirnya aku masuk race yang PERTAMA di negara Turkey. Race pertama aku adalah race Delta Gold Race stage yang kedua di Ankara.
Persiapan diri sebelum memulakan perlumbaan warm up yang secukupnya
Sempat jugak aku di temuramah biasalah orang asing biasanya akan menjadi tumpuan
bersedia untuk perlumbaan penganjur akan memberi taklimat dan aku siap sedia untuk bertempur
aksi aksi semasa perlumbaan berlangsung
Downhill terakhir sebelum ke penamat
my lovely wife yang banyak membantu menjayakan perlumbaan saya hari ini dan dia jugak banyak menjaga segalanya untuk aku terima kasih bby
bergambar bersama team ODTU/ student METU geng geng baru aku di sini
Alhamdulillah syukur kepada Allah memberikan aku kekuatan semasa perlumbaan ini, rezeki datangnya dari dia yang maha esa... dapat no 3 pada hari tersebut membuatkan aku rasa bertambah bersemangat untuk meneruskan kerjaya aku sebagai pelumba mtb di sini.. perlumbaan pada waktu itu sengit dengan keadaan trail yang basah dan licin, pelumba pelumba semua pulak adalah dari kalangan pro rider tempatan.. mendapat tempat ke 3 bererti aku dapat mengumpul 30 point dan mendapat rangking ke 6 overall...
( 2.5km teknikal single trail x 8 lap )
No comments:
Post a Comment