Wednesday, October 23, 2013

Sepetang di Taman Hutan Oran..

Musim Panas sudah berlalu kini musim luruh kembali. waktu siang semakin pendek dan waktu malam akan bertambah panjang. Tidak banyak yang saya boleh lakukan semasa musim ini selain berkayuh santai dipetang hari dan menikmati suasana yang indah sambil menhirup udara yang sejuk dan segar di hutan ini. 
Selepas seharian dirumah bersama anak dan selepas isteri balik dari pejabat barulah saya mempunyai masa untuk berkayuh. Seperti biasa pukul 5 petang saya akan bertolak dari rumah dan akan sampai di tempat ini dalam 30 minit dengan mendaki sejauh 7km dari rumah saya. Biasanya pada musim Panas saya akan menhabiskan masa 2jam ditempat ini tetapi memandangkan waktu magrib semakin cepat saya terpaksa berkayuh sejam sahaja sebab mengejar malam.


Ini adalah permandangan sebelah barat tengah-tengah taman hutan Oran dan di hujung tasik itu adalah tasik Morgan atau Golbasi Golu


Tasik dibawah itu adalah penghujung tasik Eymir atau Eymir Golu permandangan juga dari barat Taman ini


Saya mengelar lorong ini ialah Autumn lane


Single trail yang panjangnya lebih kurang 7km dari timur ke barat taman ini sangat-sangat memuaskan hati saya bila berkayuh disini.. Saya tidak pernah merasa bosan dan sentiasa merindui untuk berkayuh ditempat ini.. 

No comments: