Assalamualaikum... pada 14hb oktober 2013 jam 9 pagi kami bertolak dari rumah Ankara menuju ke Airport Antarabangsa Ankara. Kami berlepas dari Ankara pada pukul 12 tengahari dan sampai di Airport Antarabangsa Izmir pada pukul 1 tengahari. perjalanan penerbangan kami hampir 1jam dari Ankara ke Izmir. Alhamdulillah cuaca sangat cerah semasa penerbangan ke Izmir.
Sampai saja di Airport Izmir kami pun terus menuju ke stesen keretapi untuk menuju ke pusat bandar Izmir (Havalimani-Airport)
Beginilah suasana dalam keretapi semasa musim cuti raya, agak kosong jugak la. Untuk sampai ke Pusat bandar kami terpaksa Transit di Hilal dan menukar keretapi (Metro) ke Konak barulah sampai ke Pusat Bandar Izmir.
Perjalan untuk sampai ke Hilal ni mengambil masa lebih kurang 20 minit dan selepas ini kami menukar keretapi (Metro) menuju ke Konak.
Beginilah rupanya selepas sampai di Konak, mini desert sepanjang 100meter. dari stesen Hilal ke Konak ni hanya mengambil masa selama kurang 10 minit dan dari sini kami hanya berjalan kaki menuju ke hotel yang kami telah tempah iaitu hotel Kordon lebih kurang 1km melalui jalan tepi laut yang cantik dan bersih. Hotel tersebut betul-betul terletak ditepi laut dan bilik kami betul-betul menghadap laut.
Selepas berehat seketika di Hotel kami pun keluar untuk mengisi perut dan berjalan-jalan di sekitar kawasan pusat bandar Izmir ini.
Beginilah suasana di tepi laut, sangat cantik permandangannya dan susah untuk dilafazkan dengan kata-kata.
disini jugak menyediakan laluan untuk penunggang basikal. terbaiklah.
ada jugak kereta kuda disediakan bagi mereka yang ingin bersiar-siar ditepi laut ini. tapi lupa pulak nak tanya berapa sewa kereta kuda ini.
ini jejantas berwarna warni dan ada lambang Peace menuju ke clock tower(saat kulesi) dan pasar malam kat sini.
surau kecil terletak belakang clock tower
inilah clock tower(saat kulesi) salah satu lambang kebesaran Izmir dibina zaman pemerintahan kekalifahan dibumi turkey ini.
Kalau tidak silap pokok tu adalah pokok kurma dan bawah clock tower itu adalah surau kecil(camii).
Di belakang dan tepi clock tower ada lorong yang sangat-sangat menjadi tumpuan para tetamu disini. terdapat banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis-jenis barang dan termasuk makanan dan minuman untuk dibeli. makin malam makin ramai yang datang, memang seronok lepak pada malam hari dikawasan ini.
clock tower semasa malam hari.. cantik lampu-lampu yang menyinarinya.
setelah penat berbelanja kami pun berehat seketika ditepi laut sambil-sambil menghirup udara segar disini dan selepas itu kami pun mencari restoran seafood ditepi laut ini untuk mengisi perut yang lapar. selepas makan malam kami pun kembali ke hotel untuk berehat dan meneruskan perjalanan kami dikeesokan harinya sekian.
No comments:
Post a Comment