Saturday, April 13, 2013

MENCARI ARAH DI HUJUNG MINGGU

hari ini hari Sabtu 13/4/13....         Semalaman saya tidak lena tido memikirkan masa depan. sampai dinner pun aku tak ingat huhu...    dan bermulalah kisah saya hari ini.. awal jugak saya bangun pagi ini dalam pukul 7am.. seperti biasa sarapan sikit pastu siap2 untuk berkayuh...   macam biasalah bila nak kayuh tapi tiada tujuan bermaknanya saya akan warm up sampai ke park Oran sejauh 10km mendaki dan apabila sampai di sana barulah saya akan memikirkan kemana saya akan berkayuh... memandangkan hari sabtu adalah hari cuti bermakna saya pun bercuti jugak la.. hahahaha.... xde tujuan nak kemana hari ini jadi saya pun terus masuk dalam trail layan sampai ke tasik Eymir..... 


seperti biasa tempat rehat di look out point :)
cantik cuaca hari ini bumi dah menghijau jer
sebelum melayan long descent untuk ke Eymir lake


sampai jer di Eymir lake saya pun melantak dulu
biasalah santai2 so kene la layan coke vs hamburger 
agak mahal jugak la kat sini
coke - 2.50tl dan
hamburger - 5.00tl... koyak...


sambil2 makan saja buat bunyi2 burung tetiba datang burung pipit ni dekat 
saya pun bagi la roti berebut datang nak minta makan
suka pulak saya bila tgk keunikan burung ni bole makan roti macam jinak2 merpati pulak tu..


lepas makan saya pun beli la snak sebungkus pastu lepak la di tepi tasik sambil2 memandang ke arah gunung ganang park Oran dimana aku selalu layan single trail di sana.. luas jugak kawasannya sebab dalam 1 loop besar boleh memcecah 11km..


dan selepas puas lepak saya pun berkayuh sekitar kawasan tasik yang panjangnya ini.. dapat port kayuh baru cantik di tengah2 tasik ini ada pulau kecil sempat lah saya ambil gambar kat atas dan bawah ni...


kuar pada 8.30am sampailah 5pm saya di trail hari ni.. dapatlah saya kayuh santai sejauh 70km++ dan cukuplah untuk mengisi masa lapang saya hari ini sekian jumpa lagi...

No comments: