Saturday, April 13, 2013

MENCARI ARAH DI HUJUNG MINGGU

hari ini hari Sabtu 13/4/13....         Semalaman saya tidak lena tido memikirkan masa depan. sampai dinner pun aku tak ingat huhu...    dan bermulalah kisah saya hari ini.. awal jugak saya bangun pagi ini dalam pukul 7am.. seperti biasa sarapan sikit pastu siap2 untuk berkayuh...   macam biasalah bila nak kayuh tapi tiada tujuan bermaknanya saya akan warm up sampai ke park Oran sejauh 10km mendaki dan apabila sampai di sana barulah saya akan memikirkan kemana saya akan berkayuh... memandangkan hari sabtu adalah hari cuti bermakna saya pun bercuti jugak la.. hahahaha.... xde tujuan nak kemana hari ini jadi saya pun terus masuk dalam trail layan sampai ke tasik Eymir..... 


seperti biasa tempat rehat di look out point :)
cantik cuaca hari ini bumi dah menghijau jer
sebelum melayan long descent untuk ke Eymir lake


sampai jer di Eymir lake saya pun melantak dulu
biasalah santai2 so kene la layan coke vs hamburger 
agak mahal jugak la kat sini
coke - 2.50tl dan
hamburger - 5.00tl... koyak...


sambil2 makan saja buat bunyi2 burung tetiba datang burung pipit ni dekat 
saya pun bagi la roti berebut datang nak minta makan
suka pulak saya bila tgk keunikan burung ni bole makan roti macam jinak2 merpati pulak tu..


lepas makan saya pun beli la snak sebungkus pastu lepak la di tepi tasik sambil2 memandang ke arah gunung ganang park Oran dimana aku selalu layan single trail di sana.. luas jugak kawasannya sebab dalam 1 loop besar boleh memcecah 11km..


dan selepas puas lepak saya pun berkayuh sekitar kawasan tasik yang panjangnya ini.. dapat port kayuh baru cantik di tengah2 tasik ini ada pulau kecil sempat lah saya ambil gambar kat atas dan bawah ni...


kuar pada 8.30am sampailah 5pm saya di trail hari ni.. dapatlah saya kayuh santai sejauh 70km++ dan cukuplah untuk mengisi masa lapang saya hari ini sekian jumpa lagi...

Friday, April 12, 2013

Long day in the office

pada 11 April 2013 khamis..
Saya kuar rumah pada pukul 11.30am untuk kuar berkayuh tapi tanpa tujuan arah..
semasa perjalanan menuju ke Park Oran saya terfikir untuk pergi ke pekan Elmadag sejauh 40km dari rumahku di Ankara..
saya pun membuat keputusan untuk melalui jalan jauh iaitu lebuh raya curve yolu..
sejauh lebih kurang 40km turun naik gunung saya pun sampai di simpang menuju ke Elmadag.. 
akan tetapi jikalau saya meneruskan perjalanan saya terus ke Elamadag hanya 20km sahaja lagi jauhnya... 
saya pun membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan saya ke gunung Husyin Gazi yang tingginya mencecah 1400meter.. 


permandangan daripada simpang lebuhraya curve yolu, di tengah-tengah itu adalah gunung Husyin Gazi setinggi 1400m++... 


permandangan puncak Husyin Gazi dari bawah laluan yang agak mencabar kerana laluannya memcecah 20-23%... bayangkan dengan hanya mengunakan 1x10 depan 35t dan belakang 11-36t untuk climbing stiff mountain macam ni :)


gambar yang saya sempat ambil bila sampai di puncak gunung ini.. ini adalah pertama kali saya membawa basikal 29ner ini ke sini..


dan gambar draf di atas adalah kayuhan saya pada hari ini.. sejauh 160km selama lebih kurang 6jam.. 

cuaca hari ini sangat memuaskan walaupun angin yang bertiup semasa balik ke Ankara agak memcabar minda dan fizikal saya.. selama 6jam tanpa henti saya memerlukan 3 botol air dan setin coke dan lunch saya hari ini 2 coklat donut berintikan kaya dan 2 bungkus kek pisang... kayuhan ini membakar sebanyak 2700++ kalori saya.. sangat2 memenatkan tetapi sangat menyeronokkan...

Sunday, April 7, 2013

ROAD TO TEMELLI

Hari ini 7 April 2013 ( Ahad ) 
perjalanku bermula pada pukul 1.30 petang.. perjalan kali ini mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah sejauh 130km dan average speed kali ini hanya 27.6kmh, disebabkan angin yang meniup terlalu kencang dari arah hadapan yang membantutkan kelajuan kayuhan kali ini.. saya menyangka hanya mengambil lebih kurang 4jam ke bawah dari segi jarak dan keadaan muka buminya dan juga jalannya.. mungkin dihari lain saya dapat memperbaiki masa perjalanan saya ke sini.. 


permandagan yang indah di sebelah kiri dan kanan saya adalah tasik turquoise dan di tengah tengahnya adalah highway menuju balik ke Ankara.. sejauh 65km dari Temelli ini dan perjalanan mendaki purata 3%..


antara draft Elevation perjalanan saya menuju ke Temelli pergi dan balik dari Ankara...

PLAYGROUND......... MTB ANKARA


ROCK'N'ROLL TRAIL


LOOK OUT POINT TRAIL


ROCK GARDEN SECTION


WILD DOGS/ STREET DOGS TRAIL


ROLLER COASTER TRAIL


AND THE BEST OF THE BEST (DREAM TRAIL)

http://www.youtube.com/watch?v=-D8WACu-GB4 ( one of my video taken by enes )