Sunday, May 20, 2012

ANKARA TURKEY MTB PLAYGROUND


laluan sejauh 40km = 10km climbing tarmac, 20km offroad rovers trail rocky road up and down dan 10km menurun endurance offroad training..


laluan KOM gunung Huseyin Gazi = 15km pertama up and down 15km lag climbing sampai puncak gunung, 15km menurun dan 15km up and down smpi complete 60km 


laluan xc single trail training tuk xc lap 5.5km loop


road to elmadag 80km pergi dan balik = 15km up and down pastu 25km low climbing sampai elmadag dan balik 25km low downhill smpi 15km terakhir baru up and down, elok untuk training speed dan time trial cos jalan clear,lurus memanjang dan mendatar


laluan ke eskesehir road endurance training 100km up and down memang elok tuk endurance training


speed trail xc offroad clear and big trail training 6km loop training no recovery up and down


mtb xc trail 6km single + rovers trail 6km loop  


eymir xc trail kayuh tepi tasik memang seronok 1km stiff climbing dan 500meter stiff Downhill


1km road stiff climb = interval dan strength training 


high latitude road 50km up and down interval training


long distance road 80km up and down 


road to Bayindir Lake 40km santai2 ride up and down


short ride 50km road up and down

Sunday, May 13, 2012

DELTA GOLD RACE STAGE 2 2012 ANKARA

Delta Gold Race adalah event tahunan yang dianjurkan oleh company basikal local di turkey.. tahun ini mereka menganjurkan sebanyak 3 stage yang bermula di Izmir pada bulan March 2012.  Memandangkan aku baru sampai di Turkey dan belum lagi dapat membiasakan cuaca pada masa itu, aku tidak melibatkan diri pada stage pertama di Izmir. Aku mula membiasakan diri untuk training di tempat tempat yang tinggi dan kurang oksigen. Selama 2 bulan aku membiasakan diri akhirnya aku masuk race yang PERTAMA di negara Turkey. Race pertama aku adalah race Delta Gold Race stage yang kedua di Ankara.


 

Persiapan diri sebelum memulakan perlumbaan warm up yang secukupnya


Sempat jugak aku di temuramah biasalah orang asing biasanya akan menjadi tumpuan


bersedia untuk perlumbaan penganjur akan memberi taklimat dan aku siap sedia untuk bertempur


aksi aksi semasa perlumbaan berlangsung 


Downhill terakhir sebelum ke penamat 


 my lovely wife yang banyak membantu menjayakan perlumbaan saya hari ini dan dia jugak banyak menjaga segalanya untuk aku terima kasih bby


bergambar bersama team ODTU/ student METU geng geng baru aku di sini


Alhamdulillah syukur kepada Allah memberikan aku kekuatan semasa perlumbaan ini, rezeki datangnya dari dia yang maha esa... dapat no 3 pada hari tersebut membuatkan aku rasa bertambah bersemangat untuk meneruskan kerjaya aku sebagai pelumba mtb di sini.. perlumbaan pada waktu itu sengit dengan keadaan trail yang basah dan licin, pelumba pelumba semua pulak adalah dari kalangan pro rider tempatan.. mendapat tempat ke 3 bererti aku dapat mengumpul 30 point dan mendapat rangking ke 6 overall...
( 2.5km teknikal single trail x 8 lap )