Hari kedua kami di Izmir sempena hari kebesaran kepada semua umat islam. hari raya korban atau hari raya haji. Kami berangkat dari hotel pada 10 pagi dengan menyewa sebuah kereta. Semasa perjalanan kami ke Bandar Selcuk kami mengalami beberapa kali tersesat jalan akibat GPS yang kami guna gila sekejap. nasiblah pakcik yang sewakan kereta itu ada memberitahu sedikit tentang cara untuk ke Selcuk, kami pun perlahan-lahan mengikut jalan yang pakcik tersebut katakan pada kami. Alhamdulillah selepas hampir 2 jam akhirnya kami tiba di bandar Selcuk dengan melalui jalan lama(laluan kampung) tapi kami beruntung dapat melalui banyak tempat-tempat yang cantik-cantik seperti ladang-ladang pokok zaitun, delima dan banyak lagi.
Akhirnya kami pun tiba di Selcuk, dan tempat pertama kami adalah tempat terletaknya gua dan cerita tentang pemuda yang tertidur beberapa ratus tahun(seven sleepers) tidak perlu saya menceritakan tentang kisah tersebut sebab ianya boleh didapati dalam Al-Quran surah Al-Khafi.
Mengikut sejarah mereka didalam itulah tempat mereka(pemuda) sembunyi dari raja yang zalim dan tertidur dan apabila mereka kembali ke gua ini Allah telah mematikan mereka dan mereka telah dikebumikan dalam gua ini. tetapi kami tidak dapat masuk kedalam sebab telah dipagari oleh pihak berkuasa bertujuan menjaga tempat tersebut.
Saya sempat mengambil gambar ini dari sudut atas gua ini. seluruh kawasan telah pun di pagar.
Beginilah rupa gambaran yang ada didalam gua tersebut. dan yang menarik sekali terdapat tengkorak yang mengatakan adalah tengkorak salah seorang pemuda tersebut.. Allahwa'alam..
Ini adalah salah satu keranda Zaman Roman mungkin tempat mereka meletakkan mayat pemuda-pemuda pada zaman itu.
Selepas kami habis melawat kawasan tempat terletaknya seven sleepers itu kami pun berehat sambil menjamu hidangan tengahari kami di bawah tidak jauh dari gua tersebut terdapat restoran tempatan yang sangat klasik dan sungguh menarik untuk dikunjungi. terdapat jugak kedai-kedai menjual cendermata dan barang-barang antik.
Selepas kami selesai makan tengahari kami pun pergi ketempat terletaknya Rumah dan makam Siti Maryam (ibu nabi Isa) yang terletak di atas gunung 7km mendaki dari tempat seven sleepers. laluan yang sangat tinggi dan jangan sesekali berjalan kaki sebab mungkin keesokan hari baru sampai.
Saya pun tidak tinggal untuk mengambil gambar sebagai kenangan disini.
Ini salah sebuah kolam yang mungkin pernah digunakan oleh Siti Maryam tetapi tidak ada cerita tentangnya.
Dibelakang itu adalah cerita tentang tempat ini dalam banyak bahasa sebab setiap bangsa dan Agama mempercayai cerita tentang Siti Maryam.
Inilah rumah peninggalan Siti Maryam yang telah dijadikan rumah beribadat bagi agama kristian. didalam rumah ini terdapat makam Siti Maryam dan setiap mereka yang datang akan mendoakan kesejahteraan Siti Maryam. tempat ini jugak pernah dijadikan tempat melantik ketua agama kristian jugak tempat melakukan haji bagi agama kristian. kisah Siti Maryam juga ada tertulis dalam Al-Quran dalam surah Al-Imran.
Dibelakang saya adalah pokok zaitun yg hidup beratus-ratus tahun dan mungkin juga telah ditanam oleh Siti Maryam sendiri.
Dinding ini adalah tempat mereka berdoa dan menulis dalam kertas hajat mereka selepas itu menggantungkan ke dinding ini. tapi bagi yang beragama Islam ini bukan tempatnya :)
Dibelakang itu adalah Air kolam(air suci) dari 3 kolam yang berlainan. mereka percaya jika meminum air kolam tersebut adalah boleh memberikan-
kolam 1-kesihatan, kolam 2-kebahagian dan kolam 3-kekayaan. Selepas selesai melawat rumah Siti Maryam kami pun turun dari gunung tersebut menuju tempat terakhir yang wajib dilawati disekitar Selcuk ini iaitu Kota Purba peninggalan Zaman Roman. Kota tersebut Diberi nama EPES atau EPHESUS. Pada suatu masa dulu kota Ephesus ini sangat mahsyur dan sangat hebat kisahnya. tidak perlu saya menceritakan kisah tempat ini agar semua dapat melawatnya dan mencari kisah tempat ini sendiri.
Varius Baths
Temple of Domition
Temple of Curete St. Building
Tiang-tiang yang besar dan gah di depan pentas Odeion.
Library of Celcus dan sebelah kiri adalah Gate Mazeu-Mithirtdates menuju ke ruangan Agora.
Bayangkan kepakaran manusia zaman ini boleh membina bangunan yang indah sebegini. tanpa mengunakan alat-alatan modern.
Salah satu batu bersurat zaman Roman.
Ini adalah sebuah stadium atau Theater yang terletak dihujung kota ini.. besar juga stadium ni boleh memuatkan berpuluh ribu penonton.
Disini adalah rumah teres yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan pada zaman tersebut.
Keadaan dalam ruangan rumah teres.
Tempat letaknya Air yang akan digunakan dalam rumah teres ini
Tempat mereka beribadah dan masih kukuh lagi lukisan atas siling walaupun dah beribu-ribu tahun tertanam dalam runtuhan tahan selepas ditimpa genpabumi.
Antara barang-barang asal dalam rumah ini dan masih banyak lagi yang tertimbun dalam runtuhannya.
Permandangan dari atas rumah teres.
Antara bilik-bilik kecil dan lukisan-lukisan dinding dan lantai yang masih kukuh.
Selepas kami selesai melawat Ephesus yang seluas lebih dari 2km dan mengambil masa yang sangat lama untuk berjalan dalam kesesakan manusia yang melawat masa itu.. cuaca yang panas membuat kami cepat keletihan. akhirnya kami pun keluar dari kawasan ini dan menuju ke kedai-kedai cenderamata untuk membeli buah tangan sebagai kenangan sempena melawat kesini.. tidak dapat saya menceritakan kisah saya banyak-banyak sebab apa yang penting adalah kita kene melawat dan melihat sendiri keindahan tempat-tempat seperti ini..
Ini adalah gambbar kenangan kami di depan Muzium Kemal Antartuk di Izmir. kami tidak berpeluang melawat muzium tersebut sebab tutup Public Holiday. gambar ini adalah hari ketiga kami dan juga hari terakhir sebelum kembali ke Ankara. Akhirnya kami kembali ke Ankara dengan penuh senyuman kerana dapat berpeluang melawat tempat-tempat seperti ini dan tidak semua manusia berpeluang untuk melawat tempat-tempat seperti ini. Semoga kami dipermudahkan dan diberi peluang oleh yang maha berkuasa untuk melawat tempat-tempat yang lain untuk pedoman agama dan bangsa kelak. Apa yang baik dan betul adalah daripada Allah dan apa yang salah dan silap adalah dari saya sendiri, maaf kalau ada yang tersalah dari saya kerana saya hanya manusia biasa. Sekian Terima Kasih kepada Isteri Nazirah dan anak Hadzimfatih dan kepada pihak-pihak yang terlibat.. Amin.