Pada hari kedua iaitu 27/2/2013 (rabu) seperti biasa doktor akan datang ke wad untuk melihat perkembangan si isteri.. alhamdulillah asma beransur pulih.. tetapi memandangkan asma masih lagi belum pulih sepenuhnya doktor tidak membenarkan isteriku keluar wad.. disebabkan itu kami terpaksa bermalam lagi sehari di hospital :( ... pada malam tersebut isteri saya diberikan ubat supaya beranak awal disebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko pada bayi dalam kandungan isteriku.. mungkin asma isteriku agak tidak stabil malam itu..
Akhirnya pada keesokan harinya iaitu hari ke tiga kami di wad 28/2/2013 (khamis) doktor seperti biasa akan melawat isteriku dan mengatakan bahawa isteriku perlu bersalin pada hari tersebut.. apa lagi kami pun menunggu-nunggu saat itu.. agak berdebar debar jugak la hati ini tapi sempat lagi aku balik ke rumah pagi tu.. tapi semasa aku di rumah.. aku ingin memberikan makanan kepada kucing lalu tertumpah, dengan tidak semana mana aku mendapat mesej yang air ketuban isteriku dah pecah.. apa lagi kelamkabut aku terus naik teksi pergi ke hospital.. sampai jer di hospital isteriku mula meroyan royan kesakitan dan macam macam la dia cakap masa tu :) tapi aku tetap tenang sebab aku tidak mau isteriku panik.. akibat terlalu sakit isteriku pun mengambil keputusan untuk indius kesian jugak aku tengok isteriku masa tu pucat lesu dia tuhan saja yang tahu kesakitan yang dia rasai.. selepas setengah jam selepas indius isteriku pun mula reda dari melawan kesakitan.. dan doktor sibel pun datang untuk memastikan isteriku bersedia untuk bersalin.. selepas doktor sibel check isteriku dan tidak sampai 5 minit isteriku menjerit kesakitan dan dia mengatakan yang kepala baby dah keluar :) .. apa lagi semua kelamkabut membawa isteriku masuk bilik bersalin.. huhu tidak sempat nak pindahkan kekatil bersalin doktor dah suruh isteriku meneran.. hebat gak isteriku ni sekali teran jer baby dah keluar..
ALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH kerana isteri aku telah selamat melahirkan anak lelaki :) ... depan mata aku isteriku melahirkan anak lelakiku..
Pada jam 2.07pm 28/02/2013 Khamis bersamaan dengan 18 rabiul Akhir 1434 di bilik bersalin hospital GUVEN lahirlah anak lelakiku yang ku beri nama HADZIM FATIH sempena kelahirannya di bumi TURKEY ini...
berat masa lahir 2.44kg
tinggi 46cm
tinggi 46cm
No comments:
Post a Comment