Sunday, January 20, 2013

Sudah cukup 4 musim aku berkayuh di Eymir Lake Ankara Turkey..


Inilah hasil gambar yang aku tangkap masa aku kayuh di trail Oran Mt.

aku mula berhijrah di Ankara Turkey pada musim bunga permandangan adalah sama seperti gambar no 1.. cuaca pada masa itu sangat sejuk dalam -2 ke 10ºc dan per mandangan sangat la cantik bole katakan seluruh kawasan gunung ganang berwarna kehijauwan dan tasik membiru.. cuma yang tidak berapa selesa sebab debunga yang sangat banyak berterbangan membuatkan kita alahan debunga.. berhati2 semasa berada berdekatan kawasan yang banyak debunga berterbangan..

pada musim panas pulak cuaca sangat2 lah panas dan kering suhu hampir sama dengan di negara2 khatulistiwa.. cuma beza di sini udaranya kering sangat.. gambar ke 2 itu aku ambil masa musim panas langit sangat membiru dan awak memang susah nak jumpa masa ini dan hujan hanya akan turun seminggu sekali itu pun sekejap sahaja.. masa ini orang2 di Turkey akan kuar berkelah di merata tempat salah satu tempat yang paling menarik adalah di kawasan tasik Eymir ini.. macam2 aktiviti yang dilakukan oleh mereka..

gambar ke 3 pulak aku ambil masa musim luruh... musim ni cuaca mula sejuk kembali dan oksigen mula tipis kerana pokok mula layu.. pada musim ini aktivi2 sudah mula kurang kerana sering hujan dan hampir setiap hari hujan walaupun sekejap.. apa yang menarik pada musim ini kelihatan gunung ganang dan pokok mula kering dan bertukar warna merah, purple dan kekuningan..

dan baru2 ini adalah musin salji.. musim yang sangat2 aku nantikan kerana seperti hidup didalam peti ais.. kelihatan salji turun menutupi bumi dan bumi bertukar menjadi putih sesuci kalbu.. masa ini aktiviti memang terhad kerana suhu sangat sejuk sampai mencecah -20ºc.. aktiviti seperti ski sangat ramai sambutan dikawasan tanah tinggi.. dan kalau bernasib baik bole lihat tasik ini membeku.. pada masa aku pergi mengambil gambar ini kawasan trail semua hilang kerana diliputi salji yang sangat tebal sampai mencecah 6 7 inci dalam.. nak kayuh memang susah la sebab salji sangat tebal dan licin.. nasib la balik tu aku google tuk buat tayar untuk musim salji dan hasilnya berjaya.. selepas aku tukar tayar yang aku buat sendiri baru la senang untuk berkayuh bila salji tebal...

bersyukur sangat kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai dunia 4 musim ini.. dan banyak sangat pengalaman yang tidak bole dikata :).. hanya bole dirasai bila kita sendiri tinggal di bumi 4 musim ini..
subhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar...


No comments: