Thursday, May 5, 2011

KENANGAN BCNC JAMBOREE MELAKA..

HASAN KARIM... itu la namaku.. nama yang baru dalam dunia MTB kat negara kita.. ini la gambar aku semasa menunggu flag off jamboree kat sini.. cool jer tapi dalam hati dup dap dup dap hehe..

bersama abg zam di garisan permulaan bole senyum2 lagi hehe..
abg zam pula buat muka cool dia hehe..

ini salah satu aksi aku semasa laya trail ni DH ni hahaha..

ini la saat yang di nanti2 kan oleh setiap pengayuh2 yang mengambil bahagian dalam acara ni.. sprint mati2 an 50 meter sebelum penamat.. time ni aku berentap ngan abg zizan dari team SBGiant.. dgn kelajuan 50kmj++ kami berentap bersama utk mengejar placing tmpt ke 5 dan ke 6.. tapi malang x berbau!!

abg zizan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 5 dan aku jatuh menyembah ke bumi.. sungguh x diduga tayar depan aku terlanggar tayar belakang abg zizan semasa kami sprint time tu.. dia terlepas dan aku terjatuh... ini la yang selalu terjadi kepada rider2 yang berlumba.. berhati2 pada 10 meter terakhir kerana manusia bole berbuat apa saja tuk menang.. . tapi aku bukan jenis mudah mengalah..lalu.......

detik2 hitam putih ini berlaku aku pun bangun dari lenaku aku mengangkat basikal dgn harapan bole habiskan perlumbaan..

namun aku x berjaya mengangkat basikalku sendiri kerana bahu kananlu dah pun patah semasa jatuh..

nasib la ada si fendi dan abg man tolong carry basikal aku ke garisan penamat.. time berjalan aku dah x bole berdiri tegak lagi cos time ni bahu aku dah sakit sangat.. aku berjalan membongkok sampai la ke garisan penamat..

ku tetap gagahkan diri utk meneruskan perjalanan ku

Ahkirnya aku sampai jugak digarisan penamat.. walau hanya mendapat no ke 6 tapi berpuas hati pada diriku kerana berjaya menamatkan walau dalam keadaan yang tidak membenarkan aku tuk meneruskan perjalanan aku ini..

jgn pegang bahu aku.. itu la yang aku katakan masa ini..

pengobanan seorang yang bergelar abang.. sanggup berbuat apa saja demi adiknya..

time ni abg Thaaji memberikan aku air thaaji tuk melegakan diri aku.. medal dan biskut aku dapat jugak no 6 tu hehehe.. sempat gak aku betulkan bahu aku sendiri cos dah lari kedepan haha baru bole gerak jariku..
ini la sifat rider2.. saling memaafan antara satu sama lain..

hasil dari x ray di hospital pantai melaka.. mengatakan bahu aku PATAH ..

sampai di kl malam tu aku terus masuk wad selama 2 hari.. ni doa dari moza CKC.. joe apa senyum2 serius la skit..

nurse peribadi hahaha najwa adik zirah..

tq geng LEMBU cos datang melawat..

saudara E.T pun datang melawat malam tu hehe tq semua..

juniorku hahaha..

terima kasih jugak kepada abg zeezam, Kenny, H2C team yang datang melawat serta menjaga aku semasa di wad hari tu.. kawan2 yang lain yang datang melawat aku semua tq so much..
tgu kemunculanku selepas sembuh kelak....amin..

No comments: