abg zam pula buat muka cool dia hehe..
ini la saat yang di nanti2 kan oleh setiap pengayuh2 yang mengambil bahagian dalam acara ni.. sprint mati2 an 50 meter sebelum penamat.. time ni aku berentap ngan abg zizan dari team SBGiant.. dgn kelajuan 50kmj++ kami berentap bersama utk mengejar placing tmpt ke 5 dan ke 6.. tapi malang x berbau!!
abg zizan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 5 dan aku jatuh menyembah ke bumi.. sungguh x diduga tayar depan aku terlanggar tayar belakang abg zizan semasa kami sprint time tu.. dia terlepas dan aku terjatuh... ini la yang selalu terjadi kepada rider2 yang berlumba.. berhati2 pada 10 meter terakhir kerana manusia bole berbuat apa saja tuk menang.. . tapi aku bukan jenis mudah mengalah..lalu.......
detik2 hitam putih ini berlaku aku pun bangun dari lenaku aku mengangkat basikal dgn harapan bole habiskan perlumbaan..
nasib la ada si fendi dan abg man tolong carry basikal aku ke garisan penamat.. time berjalan aku dah x bole berdiri tegak lagi cos time ni bahu aku dah sakit sangat.. aku berjalan membongkok sampai la ke garisan penamat..
Ahkirnya aku sampai jugak digarisan penamat.. walau hanya mendapat no ke 6 tapi berpuas hati pada diriku kerana berjaya menamatkan walau dalam keadaan yang tidak membenarkan aku tuk meneruskan perjalanan aku ini..
time ni abg Thaaji memberikan aku air thaaji tuk melegakan diri aku.. medal dan biskut aku dapat jugak no 6 tu hehehe.. sempat gak aku betulkan bahu aku sendiri cos dah lari kedepan haha baru bole gerak jariku..
ini la sifat rider2.. saling memaafan antara satu sama lain..
sampai di kl malam tu aku terus masuk wad selama 2 hari.. ni doa dari moza CKC.. joe apa senyum2 serius la skit..
terima kasih jugak kepada abg zeezam, Kenny, H2C team yang datang melawat serta menjaga aku semasa di wad hari tu.. kawan2 yang lain yang datang melawat aku semua tq so much..
tgu kemunculanku selepas sembuh kelak....amin..