ni la rupa basikal aku sebelum dia mandi..
nasib la rd aku berfungsi baik semasa hash tersebut...
tengok arr macam mana aku nak minum botol aku semua dah bertukar warna..
masa 10km pertama FD aku dah x dapat berfungsi dgn baik.. ini disebabkan lumpur yang banyak sangat melekat..
Aku telah mendaftar untuk menyertai larian KL Marathon 2010 dalam acara 21km terbuka. tetapi apa yang terjadi, aku tidak pergi untuk berlari pada hari itu malahan aku pergi menyertai epic hash tersebut. Alasan aku kerana ini adalah hash yang pertama kali aku sertai. Pada pagi Ahad tu aku bangun dgn semangat membara mencapai basikalku lalu terus pegi ke Rawang, dipendekkan cerita aku dan team mercury, Zool,Syam,June dan kawan kawan yang lain telah pun lewat lebih setengah jam kerana menunggu kawan kawan yang lain. Rupanya mereka terus kedestinasi hash tersebut. Sebab itulah kami sampai agak lambat waktu itu.. kayuhan kami bermula 9am lebih dan terus mengejar rider rider lain, sorang sorang yang kami jumpa dan akhirnya kami dapat jumpa kumpulan kumpulan yang banyak.. Kayuhan sejauh 53km itu banyak mengajar aku macam macam tentang hash.. akibat dari hujan pada malam sebelum hash tersebut menyebabkan trail sangat berlumpur dan becak, amat sukar utk mengayuh semasa hash tersebut.. tanda yang diletakkan di laluan juga banyak yang sudah hancur dah tidak dapat dilihat.. ini juga salah satu dugaan kepada rider rider pada waktu itu.. hinggakan aku dua kali tersesat.. Pada mulanya aku dan Syam bergerak berkumpulan tetapi apabila aku tersesat sejauh 2km aku pun x jumpa batang hidung dia lagi, sampai la aku bertemu dengan Hamdan dan dialah yang menjadi member aku semasa kayuh.. Walaupun aku merasa sangat penat masa itu namun aku amat gembira dan bangga pada diriku kerana berjaya menamatkan hash tersebut tanpa ada sebarang masalah.. kepada rider rider yang berjaya habiskan hash tersebut aku ucapkan tahniah dan kepada yang tidak dapat meneruskan harap dapat mencuba tahun depan..
No comments:
Post a Comment