Sunday, July 25, 2010

PD INTERNATIONAL TRIATHLON 2010

walaupun triathlon tahun ni timming aku x berapa nak bagus dari sebelum2nya aku berbangga jugak la pada diri aku sendiri.. x lupa jugak tahniah kepada kawan2 aku fido yang berjaya completekan acara sprint dan jugak Azrul dalam acara Olyimpic Distance.. Alhamdulliah kerana semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih yang tak terhingga kepada cintaku zirah kerana memberi semangat kepada sayang.. juga Safura terima kasih kerana menggambil gambar yang cantik2.. nabil jgn nakal2 hehehe...team mercury thanks cos datang support us..

ni masa gambar selepas sampai dari berkayuh bersama fido dalam acara sprint.. just bagi semangat kepada fido dan jugak warm up..untuk race esoknya

fido yg penuh bergaya semasa menamatkan race acara sprint 1.18.04hour.. dapat no 17 dari 63 org perserta.. not bad la cos ini event pertama beliau..

ucapan tahniah dari penganjur dan saya..tahniah bro..kau dah berjaya memegang title triathlete dah...

biasa la aku x habis2 dgn gaya peace aku..

ni detik2 yang aku tunggu finishing line.. timming not bad 2 hours 38 minute but not my best time....ok la 1 tahun rehat then 3 minggu training dapat timming mcm ni..

fulamak bergaya dgn Polygon cyclosku di tepi pantai hehehe

tiga org tiathlete yg berjaya.. me, fido dan azrul... mamat azrul berenang mcm lipas kudung...





Friday, July 16, 2010

kayuhan santai di MEX HIGHWAY...

Kayuhan malam tu dihariri seramai enam orang rider.. bermula dari bulatan Pandan menuju ke tol Putrajaya melalu MEX highway.. kayuhan ini adalah yang pertama buat aku kerana sebelum ni aku tidak pernah mengayuh di jalan ini.. kalau dilihat dari keadaan jalan berbukit ini mungkin orang akan mengatakan tempat ini sungguh sukar, tetapi apa yang saya alami pada masa kayuhan itu ianya amatlah. menyeronokkan.. cuma pada awal kilometer pertama basikal salah seorang rider kami telah pun membuat hal (tayar pancit daaa).. selepas itu tidak ada lagi masalah sampai kami balik kerumah masing-masing.. kayuhan malam itu sejauh 60km.. bulatan Pandan-tol Putrajaya-Ampang..
dari kiri Fido(mercury team), Ken(beskal.com), Azrul(trisentral team) dan saya hasan(mercury team).. kami berempat menunggang basikal roadie pada malam itu..

ni la gelagat setelah brejaya sampai di tol Putrajaya.. dari kiri Achong,fido,ken,Jay Hamid dan saya..
Azrul ngan gayanya tersendiri dan di belakang tu dua2 rider yang tengah berusaha memasukkan clip kasut masing-masing.. serentak lak tu..
ketika tayar fido meragam..

kita minum dulu... MEX kita jumpa lagi ok....................... dan kepada yg baru nak merasakan kayuhan di Mex ni mari cuba.. BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 1, 2010

KLMBH EPIC HASH 2010

bila sampai jer aku dah macam zombie dah, semua penuh ngan lumpur...

ni la rupa basikal aku sebelum dia mandi..

nasib la rd aku berfungsi baik semasa hash tersebut...

tengok arr macam mana aku nak minum botol aku semua dah bertukar warna..

masa 10km pertama FD aku dah x dapat berfungsi dgn baik.. ini disebabkan lumpur yang banyak sangat melekat..


Aku telah mendaftar untuk menyertai larian KL Marathon 2010 dalam acara 21km terbuka. tetapi apa yang terjadi, aku tidak pergi untuk berlari pada hari itu malahan aku pergi menyertai epic hash tersebut. Alasan aku kerana ini adalah hash yang pertama kali aku sertai. Pada pagi Ahad tu aku bangun dgn semangat membara mencapai basikalku lalu terus pegi ke Rawang, dipendekkan cerita aku dan team mercury, Zool,Syam,June dan kawan kawan yang lain telah pun lewat lebih setengah jam kerana menunggu kawan kawan yang lain. Rupanya mereka terus kedestinasi hash tersebut. Sebab itulah kami sampai agak lambat waktu itu.. kayuhan kami bermula 9am lebih dan terus mengejar rider rider lain, sorang sorang yang kami jumpa dan akhirnya kami dapat jumpa kumpulan kumpulan yang banyak.. Kayuhan sejauh 53km itu banyak mengajar aku macam macam tentang hash.. akibat dari hujan pada malam sebelum hash tersebut menyebabkan trail sangat berlumpur dan becak, amat sukar utk mengayuh semasa hash tersebut.. tanda yang diletakkan di laluan juga banyak yang sudah hancur dah tidak dapat dilihat.. ini juga salah satu dugaan kepada rider rider pada waktu itu.. hinggakan aku dua kali tersesat.. Pada mulanya aku dan Syam bergerak berkumpulan tetapi apabila aku tersesat sejauh 2km aku pun x jumpa batang hidung dia lagi, sampai la aku bertemu dengan Hamdan dan dialah yang menjadi member aku semasa kayuh.. Walaupun aku merasa sangat penat masa itu namun aku amat gembira dan bangga pada diriku kerana berjaya menamatkan hash tersebut tanpa ada sebarang masalah.. kepada rider rider yang berjaya habiskan hash tersebut aku ucapkan tahniah dan kepada yang tidak dapat meneruskan harap dapat mencuba tahun depan..