Sunday, December 19, 2010

hanya ini yang mampu aku lakukan untuk tahun ni..


1st time PCP RACE 18/12/2010 3.5KM X 3 LAP SPRINT DAPAT NO 11 TIMING 43.MINIT..OK LA BELOW 1 JAM

3rd time jamboree.. KUALA LINGGI JAMBOREE 12/12/2010 54KM DAPAT NO 9 TIMING 2JAM LEBIH.. ADA PENINGKATAN..

2nd time jamboree.. BERNAM JAYA JAMBOREE 5/12/2010 45KM DAPAT NO 15 TIMING 2.19 MINIT.. ADA PENINGKATAN SIKIT..

1ST TIME JAMBOREE.. ECC NIGHT JAMBOREE.. 30/10/2010 45KM DAPAT NO 16 TIMMING 2JAM 17MINIT.. MCM TAK PERCAYA BOLE DAPAT TOP 20 TIME NI.. HAPPY!!!
SPECIAL THANKS TO MY LOVELY ZIRAH COS BANYAK SUPPORT ME DALAM EVENT2 NI.. MY TEAM DUKECT THANKS FOR ALL COS SUPPORT JUGAK BRO..
AND MY GIANT XTC TEAM THANKS COS DAPAT BERKERJASAMA DGN SAYA.. ILOVE U ALLL.. ESTA LA BESS TA BABY!!!



Monday, October 11, 2010

selamat berkayuh sayang ku!!


hadiah basikal ni hanya la utk memberi semangat kepada baby supaya baby makin bersemangat utk berkayuh bersama2 sayang.. jaga la ia seperti mana baby menjaga sayang :P ..

Sunday, October 10, 2010

convo di Dam Kemensah!!!

pit stop pertama sebelum sampai ke kolam atas bukit.. time ni semua masih slamber lagi.. kayuhan yang di hadiri oleh Golok(pujmac), kapten Firdaus, Strike Fullbar, Azuree(basikal juara), Mohd Noh(rocky mountion) dan aku la..

tu aku terselit kat ujung tu nampak??

ni time bro. Golok dah start fikir nak gi KFC ni.. x per bro.. next time bole repeat..

amek mood sebelum start layan DH pertama ni.. bersedia semua???

akibat layan DH dgn fork baru, ni arr jawabnya!!! superman...

bamboo trail adalah salah satu tempat yang agak best kerana kita dapat layan DH dan UPHill di bawah timbunan buluh bamboo yang bole mencederakan kita kalau x berhati. hati di kawasan ini..

DAM kemensah atau dikenali Dam trail.. utk smpi di tempat ni memang best cos kita akan melayan DH sampai la ke Dam ni dan disini la kita akan di convokan utk kemensah MTB Trail!!

aku pun nak jugak convo sekali ngan mereka ni, rider2 tegar!!! pas ni nak mendaki ni yang masak kaki aku ni..

ni time convo ni so mereka amek gmbr seolah2 nak DH terjun dalam kolam tu..hehehe tapi camera trick x menjadi..sory la aku x reti sangat amek gmbr..

jentera pemusnah aku.. dengan gaya nya tersendiri.. revelotion membuktikan kehebatannya!!!

FUHHH!!!!! sampai jugak kami kepuncak Kemensah Trail ni.. time ni semua muka dah jadi seposen hehehe... nasiblah cuaca hari ni mendung saja.. turun jer DH kat sini tetiba Hujan turun dah x bole layan DH ngan laju terpaksa la kami slow2 jer.. thanks semua kepada yang datang kayuh bersama kami(DUKECT)... semoga dapat berkayuh di sini lagi bersama2.........................

Friday, October 8, 2010

KAYUHAN MEX BERSAMA TEAM DUKECT, MERCURY, E,T RIDERS DAN PEPATIH 7 OCT 2010..



Seramai 25 orang telah menyertai kayuhan pada malam itu. tetapi fido,farhan dan safura hanya kayuh sampai bukit jalil sahaja.. dan 22 org lagi meneruskan kayuhan sampai tol putrajaya.. semasa perjalan balik ada dua basikal telah pancit.. nasib la masing2 membawa tayar spare.. kepada semua yang menyertai pada malam tu saya ucapkan thanks.. next time kita repeat lagi beramai..

Tuesday, October 5, 2010

tmn tar - tmn peak - tmn ukay height warm up ride..

ni la sample map kayuhan semalam cuma kami x buat full loop x masuk taman bukit indah.. kami mula start kayuh dari ampang point terus menuju ke taman tar sampai puncak condo..

ni la dia si Majid dari team Kramat, bola tahan jugak la stamina dia ni bole didik jadi rider tegar pasni...

otai kita bro. Mazuan siap senyum lagi mendaki bukit ni.. hebat2...

kapten DUKECT bro. firdaus agak slamber jer beliau kayuh malam tu.. bila mau repeat bro??? :)

bro. faisal (penasihat team DUKECT) agak perlahan malam tu cos nak menikmati alam semulajadi...

ini la puncak tertinggi kat taman tar ni.. bole tahan jugak la klu nak layan sekali sekala..

lepas turun dari taman tar tu kami terus kayuh ke taman PEAK tmpt org kaya2

dari kiri hasan karim,faisal (penasihat team) tengah firdaus (kapten team), otai mazuan dan majid...

last sekali kami mendaki ke bukit terakhir di taman ukay height sampai la kami di puncak bukit iaitu puncak ukay condo... kayuhan dekat jer malam tu dalam 15km jer 1 loop.. cuaca memang tenang dan sejuk jer bila layan downhill.. tetapi yang buat mental skit adalah keadaan bukit.. sesiapa yang kayuh kat sini mesti nak mencuba sekali lagi... bukit terakhir tu bertambah best cos kita bole melihat klcc... best2...

Desaru Long Distance Triathlon 2010...

ini la wajah2 semangat dari kami semasa triathlon di Desaru...

dari kiri fido,syahir dan saya yang telah menamatkan acara sprint triathlon 500m swim
+ 18km cycling + 3km run = sprint trithlete

my hero si Polygon Cyclos limited edition.. thanks my hero cos x buat hal masa race tu dan aku suka tgk cable dan handle cover baru hang... hensem la hang ni..


ribuan terima kasih yang tak terhingga buat chintaku ZRA yang banyak support aku dari belakang.. tanpamu sapa la aku ni... i love u baby...
kepada fido: kau bole buat lebih baik dari apa yang kau dapat.. jgn putus asa dan perbaiki kesilapan yang lepas.. kau bole buat lagi bagus dari aku bro...banyak lagi yang kau perlu lalui utk jadi terbaik..
kepada syahir: tahniah bro.. benda yang kau idamkan dari sekolah lagi dah pun tercapai.. tapi kau kene banyak training lagi utk jadi lebih baik dari skrng..ini baru permulaan...
kepada Iwan,nabil dan safura: thanks 4 u all cos bnyk memberi support!!


Sunday, July 25, 2010

PD INTERNATIONAL TRIATHLON 2010

walaupun triathlon tahun ni timming aku x berapa nak bagus dari sebelum2nya aku berbangga jugak la pada diri aku sendiri.. x lupa jugak tahniah kepada kawan2 aku fido yang berjaya completekan acara sprint dan jugak Azrul dalam acara Olyimpic Distance.. Alhamdulliah kerana semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih yang tak terhingga kepada cintaku zirah kerana memberi semangat kepada sayang.. juga Safura terima kasih kerana menggambil gambar yang cantik2.. nabil jgn nakal2 hehehe...team mercury thanks cos datang support us..

ni masa gambar selepas sampai dari berkayuh bersama fido dalam acara sprint.. just bagi semangat kepada fido dan jugak warm up..untuk race esoknya

fido yg penuh bergaya semasa menamatkan race acara sprint 1.18.04hour.. dapat no 17 dari 63 org perserta.. not bad la cos ini event pertama beliau..

ucapan tahniah dari penganjur dan saya..tahniah bro..kau dah berjaya memegang title triathlete dah...

biasa la aku x habis2 dgn gaya peace aku..

ni detik2 yang aku tunggu finishing line.. timming not bad 2 hours 38 minute but not my best time....ok la 1 tahun rehat then 3 minggu training dapat timming mcm ni..

fulamak bergaya dgn Polygon cyclosku di tepi pantai hehehe

tiga org tiathlete yg berjaya.. me, fido dan azrul... mamat azrul berenang mcm lipas kudung...





Friday, July 16, 2010

kayuhan santai di MEX HIGHWAY...

Kayuhan malam tu dihariri seramai enam orang rider.. bermula dari bulatan Pandan menuju ke tol Putrajaya melalu MEX highway.. kayuhan ini adalah yang pertama buat aku kerana sebelum ni aku tidak pernah mengayuh di jalan ini.. kalau dilihat dari keadaan jalan berbukit ini mungkin orang akan mengatakan tempat ini sungguh sukar, tetapi apa yang saya alami pada masa kayuhan itu ianya amatlah. menyeronokkan.. cuma pada awal kilometer pertama basikal salah seorang rider kami telah pun membuat hal (tayar pancit daaa).. selepas itu tidak ada lagi masalah sampai kami balik kerumah masing-masing.. kayuhan malam itu sejauh 60km.. bulatan Pandan-tol Putrajaya-Ampang..
dari kiri Fido(mercury team), Ken(beskal.com), Azrul(trisentral team) dan saya hasan(mercury team).. kami berempat menunggang basikal roadie pada malam itu..

ni la gelagat setelah brejaya sampai di tol Putrajaya.. dari kiri Achong,fido,ken,Jay Hamid dan saya..
Azrul ngan gayanya tersendiri dan di belakang tu dua2 rider yang tengah berusaha memasukkan clip kasut masing-masing.. serentak lak tu..
ketika tayar fido meragam..

kita minum dulu... MEX kita jumpa lagi ok....................... dan kepada yg baru nak merasakan kayuhan di Mex ni mari cuba.. BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 1, 2010

KLMBH EPIC HASH 2010

bila sampai jer aku dah macam zombie dah, semua penuh ngan lumpur...

ni la rupa basikal aku sebelum dia mandi..

nasib la rd aku berfungsi baik semasa hash tersebut...

tengok arr macam mana aku nak minum botol aku semua dah bertukar warna..

masa 10km pertama FD aku dah x dapat berfungsi dgn baik.. ini disebabkan lumpur yang banyak sangat melekat..


Aku telah mendaftar untuk menyertai larian KL Marathon 2010 dalam acara 21km terbuka. tetapi apa yang terjadi, aku tidak pergi untuk berlari pada hari itu malahan aku pergi menyertai epic hash tersebut. Alasan aku kerana ini adalah hash yang pertama kali aku sertai. Pada pagi Ahad tu aku bangun dgn semangat membara mencapai basikalku lalu terus pegi ke Rawang, dipendekkan cerita aku dan team mercury, Zool,Syam,June dan kawan kawan yang lain telah pun lewat lebih setengah jam kerana menunggu kawan kawan yang lain. Rupanya mereka terus kedestinasi hash tersebut. Sebab itulah kami sampai agak lambat waktu itu.. kayuhan kami bermula 9am lebih dan terus mengejar rider rider lain, sorang sorang yang kami jumpa dan akhirnya kami dapat jumpa kumpulan kumpulan yang banyak.. Kayuhan sejauh 53km itu banyak mengajar aku macam macam tentang hash.. akibat dari hujan pada malam sebelum hash tersebut menyebabkan trail sangat berlumpur dan becak, amat sukar utk mengayuh semasa hash tersebut.. tanda yang diletakkan di laluan juga banyak yang sudah hancur dah tidak dapat dilihat.. ini juga salah satu dugaan kepada rider rider pada waktu itu.. hinggakan aku dua kali tersesat.. Pada mulanya aku dan Syam bergerak berkumpulan tetapi apabila aku tersesat sejauh 2km aku pun x jumpa batang hidung dia lagi, sampai la aku bertemu dengan Hamdan dan dialah yang menjadi member aku semasa kayuh.. Walaupun aku merasa sangat penat masa itu namun aku amat gembira dan bangga pada diriku kerana berjaya menamatkan hash tersebut tanpa ada sebarang masalah.. kepada rider rider yang berjaya habiskan hash tersebut aku ucapkan tahniah dan kepada yang tidak dapat meneruskan harap dapat mencuba tahun depan..

Wednesday, June 23, 2010

Goh Tong Jaya saturday ride (19 june 2010)

time ni semua dah siap nak makan tengahari.. baby cinta pun ada sbg marchall

tahniah semua rider2 kerana berjaya menawan Goh Tong Jaya..

thanks bro.ken selalu juru gambar pada hari ini..
gambar beramai ramai bersama team Mercury dan Rostan Sari (Pujmac)

ketika mendaki di Genting Sempah

Berjaya juga aku mendaki sampai Goh Tong Jaya walaupun aku tersasar sorang sorang sampai ke tempat kabel car.. Ini adalah kali pertama aku mendaki sampai ke sini.. kepada sesiapa yg baru nak mencuba mendaki ke sini selamat mencuba dan selamat berjaya.. semuanya terpulang kepada kekuatan mental... kami bermula dari Hospital Orang Asli Gombak terus ke Genting Sempah dan berehat minum dihentian Janda Baik..ada jugak yang patah balik dan tidak meneruskan perjalan ke Goh Tong Jaya kerana ada urusan masing masing dan yang lain lalu meneruskan kayuhan ke Goh Tong Jaya.. semasa mendaki di Genting Sempah kelajuan masih lagi bole memcecah 21 ke 25km/j tapi bila masa mendaki ke Goh Tong Jaya tu kelajuan cuma bawah 10km/j sahaja.. selamat mencuba..