Saturday, November 23, 2013

peak of Mt. Oran Ankara 1305m

Sabtu 23/11/2013 kayuhan saya menuju ke Puncak Gunung Oran 1305Meter dari paras laut.. kawasan ini terletak dekat dengan taman tasik Eymir tempat saya selalu berkayuh.. 


cuaca yang sangat menarik tetapi suhu agak sejuk masa ini lebih kurang 5ºc walaupun langit cerah..


dari puncak gunung ini saya boleh melihat seluruh kawasan berdekatan Bandar Ankara.. tetapi apa yang membuatkan saya kurang selesa semasa berada disini adalah sampah sarap dan botol-botol yang berselerak akibat mereka yang tidak bertanggungjawab semasa berkunjung kesini.. tempat ini dah macam kawasan pembuangan sampah sarap dah..


tengoklah kawasan ini dipenuhi dengan sampah sarap..


tapi bukan sampah sarap itu menjadi isu saya kesini.. saya sangat suka berkayuh kesini disebabkan perjalanan dari rumah saya sejauh lebih kurang 10 KM mendaki dengan purata 3-5degree elevation.. memang sangat-sangat memuaskan bila dapat berkayuh dengan kelajuan 20kmj purata MTB sejauh lebih kurang 10km kesini.. dengan ketinggian tempat sebegini membuatkan pernafasan menjadi kurang selesa lagi-lagi semasa cuaca sejuk seperti sekarang.. itulah cabaran berkayuh semasa berada ditempat yang tinggi..


gambar diatas adalah permandangan kawasan berdekatan dengan bandar Ankara memang cantik dan sejauh mata memandang.. 


salah satu koleksi saya semasa berada disini..


setelah habis mendaki gunung Oran saya pun meneruskan kayuhan saya di taman Oran berhadapan dengan Tasik Eymir yang cantik


ini adalah koleksi saya di dream trail Oran Park.. subhanAllah cantik sungguh permandangan di tempat ini..


semasa balik dari berkayuh saya pun merasa sangat-sangat lapar dan singgah membeli Doner kebab dan air Ayran(susu masin) untuk juadah tengahari saya :) sungguh menyelerakan makanan Turkey ini..