Apa yang menarik minat saya untuk berkayuh ke gunung ini adalah disebabkan bentuk muka buminya yang indah,segar dan laluan gredian yang sangat-sangat mencabar..
Kali pertama saya berkayuh untuk menawan gunung ini tidak kesampaian disebabkan baru separuh jalan saya berkayuh saya dikejar dengan anjing-anjing liar di kawasan gunung itu dan menyebabkan saya berpatah balik. Masa tu adalah penghujung musim salji tahun lepas march 2012.
Kali kedua saya mencuba lagi tapi melalui jalan belakang, jalan yang sangat jauh melalui jalan kampung rasa-rasanya sejauh 80 km untuk sampai ke puncak gunung. laluan belakang sangat-sangat sukar kerana 8 km sebelum sampai kepuncak saya terpaksa melalui jalan offroad yang sangat menjunam terpacak grednya. Sampai saja ke simpang untuk sampai ke Puncak gunung agak-agak 500meter saya dikejar oleh sekumpulan anjing-anjing yang tak makan saman. Anjing-anjing ini telah dilatih untuk menjaga kambing biri-biri ternakan orang tempatan dikawasan itu. Anjing-anjing ini dah besar mcm beruang tambah ganas macam harimau pulak tu mana tak saya terus angkat basikal dan lari ketepi gaung supaya anjing-anjing tu berhenti mengejar. Gagal lagi menawan puncak gunung itu walaupun 500meter lagi untuk sampai ke puncak.
Setelah itu saya pun mengambil keputusan untuk tidak berniat menawan puncak gunung itu lagi :( . Sampailah suatu hari saya ternampak ada beberapa kawan-kawan yang mengambil gambar semasa berkayuh di gunung itu dan bermulalah minat saya untuk menawan gunung itu kembali.
Akhirnya hari ini saya nekad untuk pergi jugak ke gunung itu dengan harapan kuranglah anjing-anjing itu sebab sekarang musim panas. Alhamdulillah saya pun berjaya menawan puncak gunung itu hari ini (sabtu 17.8.2013) jam 11.30am :) .
Akhirnya saya berjaya menawan puncak gunung Elmadag
permandangan Ankara dari puncak gunung
permandangan Gunung Huseyin Gazi
tower kedua dan ketiga
tower keempat ( radar meteor logi )
tower pertama
berehat sambil menikmati keindahan alam
tower pertama yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa
antara tumbuhan yang ada disini cantik tetapi berduri
batu-batu yang disusun rapat untuk dijadikan jalan raya sepanjang 4 km terakhir sebelum sampai kepuncak. rasanya dah lama jalan ni ianya juga bertujunan menhindarkan dari jalan licin semasa musim salji
salah satu peta kawasan pergunungan ini dan jugak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disini
papan tanda menunjukan disinilah terletaknya tower untuk mengesan meteor di Ankara kot
sempat la bergambar bersama papan tanda ni sebagai kenangan sendiri
kawasan yang sangat meriah bila tiba musim salji ( ski trails )
macam tempat kubu askar lama turkey jer ni?
laluan yang kasar dan gred yang tinggi menyukarkan saya untuk berkayuh ke puncak
ditambahkan lagi kawasan terbuka dan angin yang sangat-sangat bertiup kencang memang cukup menguji mental dan fizikal
ditambahkan lagi kawasan terbuka dan angin yang sangat-sangat bertiup kencang memang cukup menguji mental dan fizikal
simpang terakhir sebelum mulanya jalan kasar menuju ke puncak gunung
graf kayuhan hari ini rumah-Elmadag-Rumah : 30km mendaki dan 30km menurun selam 3jam