Trail ni terletak di gunung Oran, hutan Eymir dan setinggi 1200meter dari paras laut. Single trail dan rovers trail sepanjang 10km mengelilingi tepi gunung Oran dan jarak dari rumah saya adalah 7km. Disinilah tempat saya berlatih untuk membiasakan diri pada teknikal offroad. ada jugak laluan rovers trail menuju ke tasik Eymir dimana saya melakukan latihan pendakian sejauh 3km dan setinggi 15 ke 20%. permandangan dari gunung Oran memang sangat cantik dan menenangkan jiwa dimana kita dapat melihat tasik Eymir dan tasik Morgan(kawasan persinggahan burung2) dan nun jauh disana adalah gunung Elmadag setinggi 2000meter puncak tertinggi di Ankara. Di tasik Eymir bermacam macam aktiviti disediakan seperti basikal sewa, ATV, kayak, kenu dan banyak lagi. memandangkan kawasan ni adalah 4 musim memang cantik sangat permandangannya dan kita boleh melihat perubahan tempat ni mengikut musim.. pada musim salji pulak tasik akan menjadi beku dan kita boleh bermain ais skating.
antara lalulan single trail pada ujung musim salji
lagi lalulan single trail
bersama kawan kawan yang bertugas di Ankara syed zulfahmi dan shahid kenangan bersama pada ujung musim salji
tempat letak basikal disediakan di tepi tasik Eymir
pertama kali berkayuh di kawasan Eymir pada penghujung salji sejuk teramat sangat masa ni kalau x silap suhu -2 dan di belakang tu adalah tasik eymir
kenangan bersama kawan syed zulfahmi
laluan jalan tarmac menuju ke tasik Eymir sejauh 3 km dari gunung Oran kawasan pendakian yg mencabar
lagi antara single trail di sini
permandangan dari puncak gunung Oran dan di bawah adalah tasik eymir, gambar ni di awal musim luruh di mana awan dah mula tebal dan rumput kering dan permandangan agak kabus suhu pun dah mula sejuk.