Wednesday, November 23, 2011

Rezeki di Jambo Jamboree Felda Pasoh 1 Negeri Sembilan 2011


Assalamualaikum.....
bersyukur pada yang maha berkuasa..
kali ini tuah menyebelahi saya sekali lagi..
pada mulanya x nak pegi jamboree ni tetapi last minit pulak tergerak hati nak pegi.. aku dan fendie gerak dari ampang selepas magrib, jalan ampang biasa la kalau hari jumaat tambah hujan lagi malam tu memang jem x ingat la.. smpi kat bandar baru ampang singgah pulak beli burger, alamatnya kul 8pm jugak la baru gerak.. nasib la si fendie tahu jalan short cut ke sana.. dah la jalan hujan dan gelap nasib xde apa2 berlaku.. smpi kat pasoh 1 dalam kul 11pm bernasib lagi cos masih bukak tuk register.. pastu pacak khemah dan aku pulak gi cari makan... dapat la makan nasi goreng kampung yang hanya rasa garam dan minyak sabar je la.. the all nite hujan jer mmg sedap la tido.. bangun subuh kul 5 tuk beratur mandi hahaha macam zaman sekolah la.. pagi pulak xde gerai bukak tuk minum kopi huhu.. minum la air kosong jer.. start jamboree kul 8.30am.. dan habis kul 4pm time penyampian hadiah.. trek mmg ganas pada 20km pertama tapi lepas tu speed trail mai bantai la sampai finishing.. dapat la no 1 dan dapat menghabiskan 43km dalam masa 2jam.. terima kasih la pada kawan2 yang banyak support dan jugak terima kasih kepada penganjur.. sponsor aku kt cycle dan jw cycle terima kasih gak bagi basikal Lapierre yang mantap ni.. amin..

Monday, November 21, 2011

PLENTONG EPIC RACE.. 2011


SYUKUR PADA YG MAHA ESA....dapat jugak aku no 5..
kayuhan sejauh 60km++ banyak mengajar aku skill dan ketahanan mental tuk mengharungi trail kali ini.. selepas semalaman hujan membuatkan trail berlumpur.. teknikal kali ini banyak kepada single trail getah berakar2, berlumpur dan licin..

Tuesday, November 1, 2011

LAPIERRE CEMERLANG DI SEJARAH LIPIS MTB JAMBOREE 2011

Assalamualaikum para sahabat.. selepas balik dari LIMBC 2011 saya mengambil beberapa hari tuk recovery.. kononnya malas nak kayuh seminggu tetapi x bole tahan cos tetiba pulak si shu kee call suruh masuk jamboree sejarah lipis minggu lepas.. ok la saya layan jer tuk buat training.. tapi apa yang terjadi x diduga cos apa bila waktu mula badan rasa x berapa nak pegi.. ikut follow rider2 depan jer.. pastu bila masuk offroad pun hanya mampu follow sham( rider second yang finish) jer..
tapi selepas check point ker 2 baru la badan rasa best.. dan jumpa pulak trek favourite 80% climbing teknikal yang licin.. alhamdullilah luck menyebelahi aku kali ini dan sampai dgn selamat selepas 2jam x 45km.. amin aku champion kat jamboree ni.. terima kasih kepada sponsor2 aku JW CYCLIST dan KT CYCLE.. dn x lupa jugak tq for all teammate.. hidup LAPIERRE.. di bawah ni antara gmbar2 yang aku dapat kongsikan..

memohon restu dari illahi sebelum memulakan kayuhan..


selepas check point 2 baru la cabaran bermula kayuhan sambil menikmati kabus yang sejuk.. terbaik..

naik dan terus menaik trail ni sampai la penghujungnya..

akhirnya aku berjaya sebagai juara pada jamboree ini.. terima kasih..